ekl banner

e-Daftar

e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.

Langkah-langkah permohonan individu:

1. Lengkapkan borang pendaftaran online.

2. Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:

2.1 Kad pengenalan / polis / tentera bagi warganegara Malaysia yang tidak       menjalankan perniagaan.

2.2 Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan       perniagaan.

2.3 Kad pengenalan / polis / tentera / Pasport dan sijil pendaftaran       perniagaan bagi warganegara / bukan warganegara Malaysia yang       menjalankan perniagaan.

3. Semak status permohonan menggunakan nombor permohonan.
    Contoh nombor permohonan (diberi setelah borang pendaftaran online     diterima).

     Contoh : Dokumen Kad Pengenalan
Muat Naik Dokumen Pengenalan Anda. Sila Ambil Perhatian :
1. Hanya Muka Depan Yang Dengan Jelas Menunjukkan Nama Dan No.     Pengenalan Diperlukan.
2. Hanya Fail .gif Atau .jpg Sahaja Dibenarkan Dan Saiz Fail Besar Dari 40k     Dan Tidak Melebihi 60k.
3. Nama Fail Mestilah Menggunakan Alphanumerik Sahaja (a-z,A-Z dan 0-9).

Peringatan: Jika anda tidak mengemukakan dokumen yang dikehendaki sebelum atau pada tarikh ditetapkan. Permohonan pendaftaran tidak akan diproses.


Apa Komen Anda.....
Masalah/Aduan/Komen: 1-300-88-3010

PELAWAT
Hari Ini: 925
Online: 17
Jumlah: 1,924,793
(Sejak Mac,2008)

IP Anda Ialah 38.107.191.113
Hak Cipta Terpelihara © Unit e-KL ,Bahagian Aplikasi e-Services, Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Paling Sesuai Menggunakan IE Atau Firefox.